Wednesday, April 1, 2009

Dipetik dari Saifulislam[dot]com

CARA TURKI

Di Turki, anak-anak ini lazimnya menghafal al-Quran pada usia di antara 8 ke 12 tahun.

Mereka memulakan hafalan dengan menghafal muka surat pertama juzuk satu. Selepas itu mereka akan menghafal muka surat pertama juzuk dua. Kemudian, diikuti dengan muka surat pertama juzuk tiga, empat, lima dan akhirnya di juzuk ke-30. Selesai 30 muka surat, mereka akan berpatah balik dan mula menghafal muka surat terakhir juzuk satu, diikuti dengan muka surat akhir juzuk dua, tiga, empat dan hinggalah ke muka surat terakhir al-Quran. Sejurus itu, mereka akan berpatah ke belakang dan mula menghafal muka surat kedua setiap juzuk, dan kemudiannya berpindah ke muka surat kedua akhir di setiap juzuk.

Akhirnya hafalan mereka menjadi lengkap di tengah-tengah setiap juzuk. Kaedah ini nampaknya pelik, namun ia menjadikan hafalan mereka begitu kuat, dan segera dihabiskan sebab anak-anak ini ghairah untuk menemukan dua bahagian yang dihafal di tengah-tengah setiap juzuk.